|
Lili Hujan Putih |
Tanaman tutup bumi ini terkenal dengan keunikan bunganya yang pelbagai warna(
merah jambu, kuning, putih,etc) dan mempunyai bentuk bunga yang sedikit berbeza antara spesiesnya. Disebabkan cirinya yang tumbuh secara berkelompok dan padat, Rain Lily amat sesuai ditanam menghiasi
'rock garden' serta lapangan tanah yang luas. Zephyranthes candida dalam nama saintifiknya, dikatakan berasal dari Rio de plata, Paraguay dan Chile. Kini tumbuhan ini dikenali dengan beberapa nama seperti
Rain Lily, Fairy Lily, Zephyr Lily, August Rain Lily dan
Lili Hujan dalam bahasa melayu.
Pada kebiasaannya, Rain Lily mampu tumbuh sehingga ketinggian antara
152-254mm (6-10inci) serta boleh dibiakkan dengan cara
belahan bebawang dan juga daripada
biji benih. Rain Lily tumbuh dengan paling baik di bawah
sinaran matahari penuh atau sedikit sahaja teduh dan dalam
medium tanah lembap serta
bersaliran baik. Dengan karakter warna
daun hijau gelap(biasanya lebar daun
3mm), Rain Lily sememangnya sesuai ditanam di tanah lapang menggantikan rumput bagi menambahkan lagi suasana tropika lebih-lebih lagi dengan keunikan bunganya yang memukau pandangan apabila kembang.
|
Rain Lily Kuning |
|
Rain Lily Merah Jambu |
0 comments:
Post a Comment