1) Letakkan orkid di tempat yang mendapat cahaya matahari terang, tetapi bukan secara terus (direct sunlight). Lokasi sesuai seperti di bawah rumah orkid atau di bawah pokok.
2) Sediakan kelembapan udara yang tinggi disekeliling orkid. Salah satu caranya ialah dengan meletakkannya secara rapat dalam satu kelompok orkid atau dengan tumbuhan lain.
3) Jangan gunakan tanah sebagai medium penanaman orkid epifit kerana orkid ini telah mempunyai akar udara yg menyerap air daripada udara sekelilingnya.
4) Elakkan tempat berangin kuat, namun peredaran udara yang baik diperlukan. (wap air/kelembapan akan hilang lebih cepat dengan tiupan angin kuat).
5) Buat pemasuan semula orkid apabila pasu dipenuhi akar. Sentiasa gunakan campuran medium tanaman khas untuk orkid seperti yang terdapat di nurseri.
6) Beri baja secara tetap dan kerap, misalnya seminggu sekali tetapi dalam kuantiti yang sedikit.
7) Siram hanya apabila medium penanamannya hampir kering. (kebanyakan orkid mudah diserang kulat atau menjadi reput akar dalam medium yang sentiasa basah).
Jan 21, Colorful Foliage Plants
-
Showy foliage plants sometimes rival flowering plants for spectacular
color. And newer cultivars offer more varieties than ever before.
Take a look at th...
12 hours ago
0 comments:
Post a Comment