Orkid merupakan salah satu tumbuhan kegemaran warga Malaysia dek kerana variasi bunganya dengan pelbagai bentuk, corak dan warna yang unik. Ramai yang menjadikannya penghias kediaman sama ada sebagai tanaman gantung, dekorasi meja dan lain-lain. Orkid terbahagi kepada beberapa jenis, namun boleh dibezakan dengan melihat kepada cara pertumbuhan daunnya yang dikenali sbg:
1) SIMPODIUM:
- biasanya pertumbuhan daunnya berakhir dengan pengeluaran bunga.
- boleh tumbuh atas pokok (epifit) atau atas tanah (terrestrial).
- genus orkid komersial [oncidium, cattleya, dendrobium]
2) MONOPODIUM:
- cara pertumbuhan daunnya adalah sehala & tak berakhir dengan pengeluaran bunga.
- ada sifat epifit, boleh tanam dlm pasu/atas tanah yg tak sentiasa lembap.
- batangnya kecil & dilitupi upih daun.
- tak bercabang dan boleh bertunas setelah dipotong.
- genus orkid komersial [vanda, arachnis, renanthera, aranda, phalaenopsis, holttumara, mokara]
SIMPODIUM
MONOPODIUM
Mokara |
Renanthera |
Arachnis |
Vanda |
0 comments:
Post a Comment